TVET 2.0 KBS PACU TRANSFORMASI KEMAHIRAN BELIA
YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, hari ini meluncurkan TVET 2.0 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Himpunan Belia TVET MADANI 2026 di IKTBN Dusun Tua, yang turut meraikan Jubli Intan ke-60 institusi tersebut.
TVET 2.0 KBS memberi fokus kepada empat teras utama:
Latihan berasaskan industri dan tempat kerja.
Perkongsian pembiayaan kerajaan dan industri.
TVET sepanjang hayat.
Latihan teknologi tinggi dan kritikal.
Majlis turut menyaksikan pertukaran 21 Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 21 syarikat rakan industri bagi memperkukuh pembangunan bakat, perkongsian kepakaran dan peluang pekerjaan graduan ILKBS.
PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN ILKBS
ILKBS terus menunjukkan prestasi cemerlang dengan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 97.36% pada tahun 2026, meningkat berbanding 96.40% pada tahun 2025.
Antara pencapaian yang diraikan ialah:
WorldSkills Competition Shanghai 2026: Dua wakil ILKBS menerima Medal for Excellence dalam bidang Hairdressing dan Welding.
Pasukan Inovasi IKTBN Sepang: Memenangi Special Award (Platinum Award) menerusi projek Magnetic Oil Sorbent di Jakarta.
Ts. Dr. Thinakaran Narayanan: Dinominasikan sebagai Top Presenter dan memperoleh tempat keempat dalam persidangan CIRDAP–HARTI di Colombo, Sri Lanka.
Majlis turut dihadiri YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS; YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat; YBhg. Dato’ Haji Mohd Jusni bin Hashim, Pegawai Daerah Hulu Langat; YBhg. Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman; serta Puan Zakiah binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS.
TVET Pilihan Utama Kerjaya | ILKBS Profesional Terunggul
#HimpunanBeliaTVETMADANI2026 #TeamILKBS #TeamKBS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI
