SYABAS DAN TAHNIAH WIRA-WIRAWATI ILKBS ATAS KEJAYAAN DI WORLDSKILLS SHANGHAI 2026 

    SYABAS DAN TAHNIAH WIRA-WIRAWATI ILKBS ATAS KEJAYAAN DI WORLDSKILLS SHANGHAI 2026 

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada Wira-Wirawati ILKBS yang berjaya merangkul dua Medal Of Excellent dalam WorldSkills Shanghai 2026 dalam bidang Welding dan Hairdressing yang berlangsung pada 22 - 27 September 2026 di National Exhibition and Convention Center, Shanghai China. 

    Wira-Wirawati ILKBS mewakili Malaysia, Muhammad Ammar Azli berjaya merangkul Medal For Excellence dalam bidang Welding dan Wan Nur Amilya Wan Zolkarnaini juga meraih Medal For Excellence dalam bidang Hairdressing. 

    Seramai 22 peserta negara menggalas cabaran di pentas dunia dengan kontinjen Malaysia meraih 1 pingat gangsa dan 13 Medal For Excellence, mencatat sejarah sebagai pencapaian terbaik negara sepanjang penyertaan sejak tahun 1995. Pertandingan kemahiran terbesar di dunia ini menghimpunkan lebih 1,400 peserta dari lebih 70 negara dan wilayah seluruh dunia untuk bertanding dalam 64 bidang kemahiran.

    Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
    Aras 3, Menara KBS,
    Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
    No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62570, Putrajaya, Malaysia

    No Tel :- +60 3-8871 3646
    Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my