Pertandingan Dekorasi Kek Hari Malaysia

    Pertandingan Dekorasi Kek Hari Malaysia

    MELAKA, 16 September 2026 – Bersempena Sambutan Hari Malaysia Ke-63 bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, Pertandingan Dekorasi Kek Hari Malaysia telah berlangsung pada 16 September 2026, dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, bertempat di AEON Melaka Shopping Centre. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara AEON Melaka Shopping Centre dengan IKTBN Alor Gajah, yang turut menjadi platform untuk mengetengahkan kreativiti, kemahiran dan bakat belia.

    Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah IKTBN Alor Gajah turut bersama melihat pertandingan yang dianjurkan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir bersama Pn. Surinah Binti Siron, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Pn. Nuraini binti Ali, AEON Melaka Shopping Centre. “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” membawa aspirasi agar semangat kebersamaan, perpaduan dan kesejahteraan terus menjadi kekuatan dalam membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

    Pertandingan ini bukan sekadar mengetengahkan kemahiran dan kreativiti dalam seni dekorasi kek, malah menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada AEON Melaka Shopping Centre atas kerjasama strategik dan sokongan dalam memperkukuh hubungan industri serta pembangunan bakat TVET.

    Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-63!
    Bersama Menghayati Perpaduan, Menikmati Kesejahteraan.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
    Aras 3, Menara KBS,
    Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
    No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62570, Putrajaya, Malaysia

    No Tel :- +60 3-8871 3646
    Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my