Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 IKBN Bandar Penawar

     
    Bandar Penawar, 25 November 2025- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menjalani Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan sistem pengurusan kualiti institusi sentiasa memenuhi piawaian yang ditetapkan. Audit ini melibatkan semakan dokumentasi, proses kerja serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard yang diamalkan di semua bahagian berkaitan bermula 24 hingga 25 November 2025.

    Proses audit yang dijalankan oleh juruaudit bertauliah daripada SIRIM QAS Internasional Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Encik Muhammad Nazmie bin Mat Nasir dan Dr. Roslina binti Sailan turut menilai kecekapan pengurusan, keberkesanan pelaksanaan program latihan kemahiran, serta tahap komitmen warga kerja dalam mengekalkan budaya kerja berkualiti. Sepanjang audit berlangsung, kerjasama penuh telah diberikan oleh pihak pengurusan dan kakitangan institut.

    IKBN Bandar Penawar optimis bahawa hasil audit ini akan memperkukuhkan lagi sistem pengurusan kualiti sedia ada di samping menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan latihan kepada para pelatih.Pengurusan Tertinggi IKBN Bandar Penawar mengucapkan terima kasih di atas kerjasama oleh semua pihak yang terlibat, khususnya team MS ISO sepanjang 2 hari berjalannya audit SIRIM.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.