- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 52
Majlis Menandatangani Letter of Intent (LoI) Institusi TVET Zon Selatan Bersama Kolej Vokasional Segamat
Segamat, 19 November 2025 – Kolej Vokasional (KV) Segamat telah menganjurkan Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) yang menandakan permulaan kerjasama strategik yang lebih erat di antara lapan (
institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terkemuka di wilayah selatan tanah air.Majlis tersebut menyaksikan hasrat dan komitmen bersama untuk memperkasa kualiti latihan TVET, meningkatkan kebolehpasaran graduan, serta menyelaraskan program dan perkongsian sumber.
LoI ini ditandatangani oleh Pengarah KV Segamat sebagai penganjur utama, bersama-sama wakil institusi TVET berikut:
1. Intitut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
2. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh
3. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong
4. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
5. Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan
6. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading
7. Kolej Komuniti Segamat 2
8. ADTEC Tangkak
Majlis ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memantapkan ekosistem TVET di Selatan Malaysia bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing global. Institut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KV Segamat di atas kerjasama yang terjalin ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
