- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 22
CAWANGAN CHIPS IKBN BANDAR PENAWAR LAKSANA LAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR IKTBN BACHOK
JOHOR BAHRU, 19 OKTOBER 2026 – Cawangan Hubungan Industri, Publisiti dan Seranta (CHIPS), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah melaksanakan lawatan pemantauan latihan industri terhadap empat orang pelajar IKTBN Bachok yang sedang menjalani latihan industri di Sheraton Johor Bahru.
Lawatan ini bertujuan memantau perkembangan latihan industri pelajar, menilai tahap penguasaan kemahiran yang diperoleh serta memastikan pelajar mendapat pendedahan dan pengalaman kerja sebenar dalam industri perhotelan.
Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara institusi latihan kemahiran dengan pihak industri, khususnya dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.
Diharapkan melalui pemantauan berterusan ini, pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang latihan industri yang diberikan bagi meningkatkan kompetensi, profesionalisme dan kesediaan mereka untuk melangkah ke alam pekerjaan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
