HARI KERJAYA TVET ILKBS ZON SELATAN X MYFUTUREJOBS 2025 BUKA LALUAN KERJAYA BELIA

     

    IKTBN Pagoh -,25 September 2025- Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Selatan X Myfuturejobs dengan penglibatan 4 buah ILKBS Zon Selatan iaitu IKTBN Pagoh, IKTBN Chembong, IKTBN Alor Gajah dan IKBN Bandar Penawar telah diadakan dengan jayanya bagi membuka laluan dan peluang kerjaya para pelajar semester akhir ILKBS Zon Selatan dan komuniti setempat. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Mustaffa Kamal Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang.
    Program kerjasama bersama PERKESO Daerah Muar ini turut diadakan pelbagai aktiviti seperti pameran kerjaya, temuduga terbuka, taklimat kerjaya, bual bicara alumni dan ikon belia, try a skill, majlis pertukaran MoU, pameran projek innovasi, jualan rahmah, jualan food truck dan outdoor games.
    Seramai 11 orang pegawai dan 34 orang pelajar IKBN Bandar Penawar semester akhir dari jurusan Kaunter Hadapan dan Kimpalan telah menyertai program ini. Institut telah membawa beberapa buah syarikat bagi penglibatan beberapa acara program kali ini iaitu:
    Temuduga Terbuka:
    1. NFK Success Solution
    Pameran kerjaya:
    1. Desaru Coast
    2. Teman Jiwa Coffee
    Pertukaran MoU
    1. Desaru Corniche Hotels Sdn. Bhd.
    2. Teman Jiwa Coffee
    3. Bestrich Star Sdn. Bhd.
    4. EEW Malaysia Sdn. Bhd.
    Selain itu, seorang alumni Institut turut hadir bagi sesi perkongsian bual bicara alumni iaitu saudara Muhammad Hasifi Bin Othman, graduan tahun 2016 jurusan penyediaan makanan yang kini merupakan Senior Chef De Partie di Amari Hotel Kuala Lumpur. Program telah berlangsung dengan penuh meriah dan sambutan dari belia dan komuniti luar adalah sangat menggalakkan. Institut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IKTBN Pagoh di atas penganjuran program ini.
    Tahniah kepada semua rakan kolaborasi, pemenang dan anak muda zon selatan! 👏🏻
    💼 TVET Pilihan Utama Kerjaya
    🏆 ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.