Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 Peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2025

    Seramai 40 orang pelajar IKBN Bandar Penawar telah menyertai perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 Peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2025 di Padang Bukit Kerajaan, Kota Tinggi, Johor.
     
    Dengan semangat patriotik dan disiplin yang tinggi, para pelajar telah mewakili Institut dengan penuh bangga dan berwibawa. Kehadiran mereka bukan sekadar simbol penyertaan, tetapi lambang komitmen generasi muda terhadap negara tercinta.
     
    Terima kasih atas dedikasi dan semangat #MalaysiaMADANI yang ditunjukkan.
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.