- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 11
IKBN BANDAR PENAWAR ANJUR PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI BERSAMA PETRONAS
BANDAR PENAWAR, 4 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menganjurkan Program Perkongsian Kepakaran Industri bertajuk "Petronas Industry Sharing Session: Technology Transfer and Workforce Development in Oil and Gas Industry".
Berlangsung di Bilik Kuliah HSE dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, program ini melibatkan penyertaan aktif para pelajar Jurusan Perancah, pengajar Jabatan Health Safety & Environment (HSE) dan pengajar Jabatan Mekanikal.
Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan industri, iaitu Encik Muhammad Elyas bin M.Mohamed Hanifa yang merupakan Eksekutif Keselamatan Operasi di Petronas Refinery & Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC).
Program ini memfokuskan kepada bidang kompetensi Pelaksanaan Operasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Objektif utamanya adalah untuk mendedahkan para peserta kepada keperluan kompetensi semasa serta standard keselamatan terkini yang diaplikasikan di tempat kerja, khususnya dalam sektor minyak dan gas.
Selain aspek pemindahan teknologi dan pembangunan kemahiran tenaga kerja, inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak IKBN Bandar Penawar untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik secara langsung bersama pemain industri utama negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
