- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 9
PELEPASAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG2026) PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI
BANDAR PENAWAR, 4 Ogos 2026 – Majlis Perasmian dan Pelepasan Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Tahun 2026 (KMJG2026) bagi peringkat Daerah Kota Tinggi telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini.
Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar ini telah diadakan bertempat di Dewan Seri Desaru, IKBN Bandar Penawar bermula seawal jam 8.00 pagi. Seramai 150 orang pelajar dan 30 kakitangan Institut turut memeriahkan pelepasan konvoi ini.
Selain itu, tutur diadakan pameran agansi daripada KEMAS, AADK dan Pejabat Kesihatan Daerah. Acara kemuncak majlis iaitu perasmian dan pelepasan konvoi KMJG2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Fauziah Misri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar.
Penganjuran konvoi kembara ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan mengibarkan Jalur Gemilang dalam kalangan masyarakat setempat bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
