LAWATAN PENANDA ARAS EKSA JPK WILAYAH SELATAN KE IKBN BANDAR PENAWAR

    BANDAR PENAWAR, 10 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan pada hari ini.

    Lawatan tersebut melibatkan seramai 8 orang ahli Jawatankuasa EKSA JPK Wilayah Selatan dan diketuai oleh Encik Mohd Najib bin Sairi, selaku Fasilitator EKSA. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik serta mendapatkan pendedahan berkaitan pelaksanaan EKSA di IKBN Bandar Penawar.
    Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil Timbalan Peng
    arah IKBN Bandar Penawar, Puan Noor Sharina binti Salim, Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (KCPKK).
    Sesi diteruskan dengan pengenalan dan perkongsian pelaksanaan EKSA DIY IKBN Bandar Penawar, merangkumi pendekatan, pengurusan zon serta amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, kemas dan sistematik.

    Para peserta kemudiannya dibawa menyertai sesi lawatan ke Bahagian Pentadbiran, khususnya Zon Penawar, bagi melihat secara langsung pelaksanaan EKSA serta pengurusan ruang kerja di IKBN Bandar Penawar.
    Lawatan penanda aras ini diharapkan dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua organisasi, di samping memperkukuh pelaksanaan EKSA serta membudayakan persekitaran kerja yang lebih berkualiti, teratur dan kondusif.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.