- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 18
IKBN Bandar Penawar dan The Westin Desaru Coast Resort Jayakan Perlawanan Persahabatan Badminton
Bandar Penawar – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Badminton bersama The Westin Desaru Coast Resort sebagai usaha mengeratkan hubungan kerjasama serta memupuk semangat kesukanan antara kedua-dua organisasi.
Perlawanan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kompetitif itu menyaksikan penyertaan pemain daripada kedua-dua pihak yang mempamerkan semangat berpasukan, disiplin serta kesungguhan sepanjang pertandingan.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengamalkan gaya hidup sihat, malah turut mengukuhkan jaringan kerjasama strategik dan silaturahim antara IKBN Bandar Penawar dan The Westin Desaru Coast Resort. Diharapkan penganjuran aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh hubungan yang sedia terjalin.Acara diteruskan dengan Pertandingan Badminton Kakitangan The Westin Desaru Coast Resort.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
