- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 20
KONTINGEN TEAM ROBOT IKBN BANDAR PENAWAR KE Y-ROBOC'26!
Semangat membara! Kontingen Team Robot IKBN Bandar Penawar (IKBNBP) kini bersiap sedia untuk menggegar pentas Youth Robot Challenge 2026 (Y-ROBOC'26) yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.
Pertandingan berprestij ini akan berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2026 bertempat di IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pada 1 Julai 2026 yang lalu, Yang Berusaha Cik Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar, telah meluangkan masa untuk memberikan ucapan, amanat dan dorongan padu kepada seluruh ahli pasukan.
Beliau menzahirkan rasa bangga atas usaha keras yang ditunjukkan oleh para pelajar serta barisan pengurus pasukan yang komited dalam mempersiapkan jentera masing-masing. Beliau turut menitipkan pesanan agar mengekalkan disiplin yang tinggi, menjaga nama baik institut, dan mempamerkan semangat kesukanan serta daya saing yang luar biasa di pentas kebangsaan! 

IKBN Bandar Penawar mempertaruhkan kombinasi mantap pelajar dan pengurus mengikut kategori berikut:
Pengurus: Hairil Anuar bin Hashim
Wira Pasukan: Muhammad Nashiruddin, Luqman Nul Hakim, & Izwan Iskandar
Pengurus: Mohd Zulhilmi bin Abdullah & Mohaizad bin Mohamad Daud
Wira Pasukan: Muhammad Hafiz Naqiuddin, Fakhrul Aminudin, Muhammad Fawwaz Diniy, & Muhammad Hamzah
Pengurus: Mahathir bin Mohamad
Wira Pasukan: Mohamad Fikri Farizzuddin Bin Muhammad Firdaus Kitson Abdullah & Muhammad Aqil Fahmi
Warga IKBNBP, marilah kita sama-sama mendoakan agar Team Robot IKBN Bandar Penawar beroleh kejayaan yang cemerlang, membawa pulang kemenangan, dan mengharumkan nama institut! 

"Go Team IKBNBP Go! Doa kami mengiringi perjuangan anda!" 

