- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 20
Jamuan Buah-Buahan Tempatan Eratkan Silaturahim Warga IKBN Bandar Penawar
Bandar Penawar, 7 Julai 2026 – IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan Jamuan Makan Buah-Buahan Tempatan bersama Pengarah pada petang ini di Surau IKBN Bandar Penawar.Program yang bermula pada jam 4.00 petang itu menghimpunkan warga IKBN Bandar Penawar termasuk kakitangan, pekerja dewan makan, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan dalam suasana santai dan penuh muhibah.
Penganjuran jamuan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekeluargaan serta menghargai sumbangan semua warga yang bersama-sama menyumbang kepada kelancaran operasi institut. Aktiviti ini turut memberi peluang kepada semua yang hadir untuk berinteraksi dan menikmati pelbagai buah-buahan tempatan dalam suasana yang mesra dan harmoni.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
