IKBN BANDAR PENAWAR & KOMUNITI BERPISAH TIADA

    ​Seramai 10 orang pelajar kursus Kimpalan bersama seorang pegawai pengiring dari IKBN Bandar Penawar telah turun padang menjayakan Program Gotong Royong Perdana Ramadhan di Surau Al-Muttaqin, Taman Desaru Utama hari ini.

    ​Aktiviti pembersihan ini dilaksanakan sebagai persediaan rapi bagi menyambut kehadiran bulan suci Ramadhan, di samping memastikan keselesaan para jemaah setempat.
    ​Program ini adalah bukti nyata komitmen warga institut dalam memberi sumbangan bakti secara langsung kepada masyarakat. Hubungan akrab antara IKBN Bandar Penawar dan komuniti setempat akan terus diperkukuh melalui inisiatif murni seperti ini.

    ​Terima kasih kepada pihak pengurusan Surau Al-Muttaqin atas penghargaan dan kerjasama yang diberikan.

    ​Tarikh: 07 Februari 2026
    Lokasi: Surau Al-Muttaqin, Taman Desaru Utama

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.