- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 199
MAJLIS MENANDATANGANI MOU DI ANTARA IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA EEW MALAYSIA SDN. BHD.
Tanjung Langsat, 13 Februari 2026 - Satu majlis menandatangani MoU telah diadakan di antara IKBN Bandar Penawar bersama EEW Malaysia Sdn. Bhd.
EEW Malaysia Sdn Bhd merupakan syarikat pembuatan terkemuka yang berpangkalan di Pasir Gudang, Johor, khusus dalam pengeluaran paip keluli berdiameter besar untuk industri minyak, gas, serta sektor tenaga boleh diperbaharui di peringkat global.
Majlis menandatangani MoU ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara pihak akademik dan industri, khususnya dalam bidang teknologi kimpalan dan fabrikasi logam seterusnya meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan institut.
Sesi menandatangani MoU telah disempurnakan oleh YBrs. Cik Fadhilah Binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar, YBrs. En. Mohaizad Bin Mohamad Daud, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Bandar Penawar, YBrs. Mr. Thorsten Petermann, Chief Executive Officer (CEO) EEW Malaysia Sdn. Bhd dan YBrs. Puan Halimah Binti Mohd Ali, Pengurus Sumber Manusia EEW Malaysia Sdn. Bhd.
Antara kerjasama yang dicapai melalui kerjasama ini adalah seperti:
1. Penempatan Latihan Industri atau On-Job-Training (OJT) dan seterusnya peluang pekerjaan kepada pelajar ILKBS sebaik tamat latihan
2. Bantuan Khidmat Nasihat
3. Kerjasama dan penglibatan di dalam program anjuran ILKBS
4. Sumbangan latihan, peralatan, penyenggaraan dan tenaga pakar
Seramai 4 orang pelajar Jurusan Kimpalan yang sedang menjalani latihan industri turut sempat bertemu dengan Pengarah dan berkongsi pengalaman mereka menjalani latihan industri di sini.Syabas diucapkan kepada kedua-dua pihak atas inisiatif murni ini demi masa depan belia negara yang lebih gemilang!
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
