Taklimat Pengenalan Pelaksanaan EKSA DIY Bersama Champion EKSA

    Bandar Penawar, 3 Februari 2026 - Institut telah menjemput seorang Champion EKSA dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Putrajaya, Puan DK Intan Shahranie binti Harris bagi menyampaikan taklimat pengenalan pelaksanaan EKSA DIY kepada warga kerja IKBN Bandar Penawar termasuk kontraktor pembersihan, dewan makan dan keselamatan.

    Taklimat diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan umum berkaitan pelaksanaan EKSA DIY kepada semua peserta seperti elemen baharu EKSA dan amalan-amalan baik yang perlu dilaksanaan di institut.Taklimat ini sedikit sebanyak dapat membuka minda peserta yang pelaksanaan EKSA DIY bukan sekadar aktiviti "gotong-royong" atau mengemas meja semata-mata, ia adalah satu budaya kerja sistematik yang melibatkan persekitaran, keselamatan, dan imej korporat.Institut mengucapkan setingi-tinggi penghargaan kepada Puan DK Intan Shahranie binti Harris di atas sesi taklimat yang telah disampaikan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.