IKBN Bandar Penawar Meriahkan Program Promosi Pendidikan dan Kerjaya di SMK Air Tawar 2

    AIR TAWAR, JOHOR — IKBN Bandar Penawar telah menyertai program promosi pendidikan dan kerjaya yang diadakan di SMK Air Tawar 2 hari ini dengan membuka booth promosi IKBN Bandar Penawar serta Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) kepada para pelajar.

    Program tersebut menghimpunkan pelbagai agensi dan institusi pendidikan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian serta laluan kerjaya selepas tamat persekolahan. Dalam penyertaan tersebut, IKBN Bandar Penawar diwakili oleh Encik Mohd Zaid bin Mohamed Awam dan Encik Mohamad Zainal bin Abdullah Sani.Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program termasuk pameran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA), pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), demonstrasi abseiling oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta jualan makanan, pakaian dan pelbagai aktiviti interaktif yang menarik minat para pelajar.

    Penyertaan IKBN Bandar Penawar ini menjadi platform penting dalam memperkenalkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kepada generasi muda, khususnya berkaitan peluang mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang mempunyai kaitan dengan keperluan industri.Melalui program seperti ini, IKBN Bandar Penawar terus komited dalam memperluaskan hebahan berkaitan peluang pendidikan kemahiran, latihan praktikal, pembangunan sahsiah dan persediaan ke alam pekerjaan, sekali gus membantu para pelajar membuat pilihan pendidikan yang lebih tepat berdasarkan minat, bakat dan aspirasi kerjaya masing-masing.

    ​TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.