- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 44
IKBN Bandar Penawar Serlah Keunikan Kursus di Peluncuran Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Johor
KULAI, 15 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menyertai pameran dan demonstrasi interaktif bersempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 di Hutan Bandar MPKU Bandar Putra Kulai. Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Pannir Selvam a/l Paliksina Siwalinggam. Penglibatan ini bertujuan mempromosikan kursus-kursus teknikal yang ditawarkan di institut berkenaan dan ILKBS amnya kepada pengunjung yang hadir.
Sepanjang program berlangsung, booth IKBN Bandar Penawar menarik perhatian ramai menerusi pelbagai pengisian khas termasuk pameran umum serta demonstrasi interaktif Towel Folding dan Drone Challenge. Penyertaan ini bukan sahaja memberi pendedahan terus mengenai pendidikan TVET kepada masyarakat setempat, malah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan melalui platform pameran komuniti tersebut.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
