- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 36
PELAJAR IKBN BANDAR PENAWAR SERTAI MARRIOTT CAREER BE 2026 – SOUTHERN REGION
JOHOR BAHRU, 24 Ogos 2026 — Seramai 43 pelajar IKBN Bandar Penawar telah menyertai program Marriott Career Be 2026 – Southern Region yang berlangsung di Sheraton Johor Bahru, hari ini.Penyertaan terdiri daripada 23 orang pelajar jurusan Penyediaan Pastri dan 20 orang pelajar jurusan Front Office, dengan penglibatan 3 orang pegawai pengiring.
Program ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai industri hospitaliti, termasuk perkongsian pengalaman dan laluan kerjaya daripada barisan pemimpin serta profesional Marriott melalui sesi Fireside Chat: A Career in Hospitality dan sesi interaksi bersama profesional hospitaliti daripada Marriot International.Selain itu, para pelajar turut berpeluang membina jaringan profesional melalui sesi Connect with Hospitality Professionals, sekali gus mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai peluang kerjaya dan keperluan sebenar industri hospitaliti.
Penyertaan ini selari dengan usaha IKBN Bandar Penawar dalam memperkukuh hubungan strategik dengan pemain industri, serta memastikan pelajar bukan sahaja menguasai kemahiran teknikal melalui latihan TVET, malah bersedia dari aspek kompetensi, keyakinan, komunikasi dan profesionalisme sebelum melangkah ke alam pekerjaan.Daripada kemahiran kepada kerjaya — IKBN Bandar Penawar terus membuka ruang pelajar mengenali industri, membina
jaringan dan mencipta masa depan.
jaringan dan mencipta masa depan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
