- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 9
[INSPIRASI TVET: PELAJAR KIMPALAN IKBN BANDAR PENAWAR KUASAI PENTAS IT & AI DI iDEA'26!]
Temerloh : 16-17 Ogos 2026.
Alhamdulillah, perjuangan penuh berliku di Pertandingan Akhir Innovation Development Through Educational Activities 2026 (iDEA'26) di Dewan Tun Razak, Temerloh melakar sejarah manis buat IKBN Bandar Penawar.
Projek inovasi hasil reka cipta 3 orang pelajar Jurusan Kimpalan IKBN Bandar Penawar:
yang diselia sepenuhnya oleh Ts. Mohd Sopian Bin Ibrahim, telah berjaya merangkul PINGAT EMAS
dan seterusnya dinobatkan sebagai TEMPAT KE-3 TERBAIK KESELURUHAN (TOP 3 BEST OF THE BEST) bagi Kategori Telekomunikasi dan IT! 
Di peringkat akhir iDEA'26, persaingan amat sengit di mana semua projek yang bertanding terdiri daripada pemenang Pingat Emas. Cabaran sebenar di pentas akhir adalah menentukan siapakah yang Terbaik Antara Yang Terbaik (Best of the Best).
Berdiri di tangga Top 3 Terbaik Keseluruhan dalam kategori IT & Telekomunikasi membuktikan keupayaan gabungan kepakaran kejuruteraan fizikal (kimpalan/fabrikasi) bersama integrasi teknologi digital (Generative AI, Edge Computing & IoT)!
Mengapa Eco-Gemma berjaya mencuri perhatian para juri?
Kejayaan cemerlang ini adalah hasil daripada:
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga TVET bahawa tiada had dalam berinovasi! 

