- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 16
IKBNBP MERIAHKAN SAMBUTAN MALAYSIAN DIETITIAN'S ANDHEALTHCARE FOOD SERVICE DAY 2026
JOHOR BAHARU, 30 September 2026 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menyertai pameran interaktif sempena Program Sambutan Malaysian Dietitian's And Healthcare Food Service Day 2026 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Sultan lsmai Johor Bahru.Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga hospital dan orang awam tentang peranan pegawai dietetik dan pegawai penyediaan makanan dalam memberikan perkhidmatan makanan yang berkualiti di hospital.Pameran kali ini telah dikendalikan oleh Puan Izzah Insyirah binti Idris dan Puan Nurul Munirah binti Mohamad. Terima kasih kepada semua yang telah singgah ke reruai pameran IKBNBP. Jom perkasa kemahiran dan bina kerjaya bersama IKBN!
