IKBN BANDAR PENAWAR SERTAI PROGRAM INSPIRE EKSPLORASI OKU X YOUTH CAMP PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

    MERSING, 5-6 September 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menghantar seramai 31 orang peserta bagi menyertai Program Inspire Eksplorasi OKU X Youth Camp Peringkat Negeri Johor 2026 yang telah berlangsung pada 5 hingga 6 September 2026 bertempat di Teluk Gorek Chalet & Campsite, Mersing, Johor.

    Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSN) ini melibatkan seramai 65 orang peserta terdiri daripada peserta Orang Kurang Upaya (OKU) dan peserta normal. Program memberi tumpuan kepada pelbagai aktiviti rekreasi, eksplorasi, pembangunan kendiri serta pemupukan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.Penyertaan warga IKBN Bandar Penawar dalam program ini turut menjadi platform kepada para pelajar untuk berinteraksi, bekerjasama dan membina keyakinan diri melalui aktiviti yang mencabar serta menyeronokkan.

    Majlis Penutupan Rasmi program telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.Diharapkan penglibatan IKBN Bandar Penawar dalam program sebegini dapat terus memperkukuh semangat kesukarelawanan, kerjasama dan keterangkuman dalam kalangan warga belia, di samping memberi pengalaman bermakna kepada para peserta.

    IKBN Bandar Penawar – Membina Kemahiran, Membentuk Generasi Berdaya Saing.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.