PEMBELAJARAN VISTA-INSTEP PETRONAS PERKUKUH KOMPETENSI PELAJAR SCAFFOLDING IKBN BANDAR PENAWAR

    BANDAR PENAWAR, 1 September 2026 – Jabatan HSE, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah melaksanakan Program Pembelajaran VISTA-INSTEP PETRONAS yang melibatkan seramai 15 orang pelajar bidang Scaffolding.Program yang berlangsung selama empat hari, bermula 1 hingga 4 September 2026, dikendalikan oleh En. Hj. Md. Yassin dengan memberi penekanan kepada aspek pengetahuan teori dan keselamatan yang penting dalam persekitaran pekerjaan, khususnya dalam sektor minyak dan gas.

    Sepanjang program, para peserta mengikuti sesi pembelajaran teori yang merangkumi:
    🔹 Health, Safety & Environment (HSE)
    🔹 Working at Height (WAH)
    🔹 Fire Fighting
    🔹 First Aider

    Pendedahan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperkukuh kefahaman berkaitan amalan keselamatan, pengurusan risiko serta tindakan yang sewajarnya ketika berhadapan dengan situasi kecemasan di tempat kerja.
    Pelaksanaan program ini turut mencerminkan komitmen Jabatan HSE IKBN Bandar Penawar dalam menyediakan pembelajaran TVET yang bukan sahaja berfokus kepada kemahiran teknikal, malah mengambil kira aspek keselamatan, disiplin dan kesiapsiagaan pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

    Dengan pendedahan berasaskan keperluan industri seperti ini, pelajar bidang Scaffolding dapat membina asas kompetensi yang lebih kukuh sebagai persediaan untuk menyertai sektor minyak dan gas serta industri berkaitan.
    IKBN Bandar Penawar – Membina Kompetensi, Memperkasa Potensi, Melahirkan Tenaga Mahir Berdaya Saing.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.