KOTA TINGGI – Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor telah mengadakan Program Citra Ibadah : Cintai Solat Tahun 2026 pada 15 hingga 16 Ogos 2026.Pelaksanaan program yang menggunapakai Modul Cintai Solat bertujuan untuk memperbaiki dan memantapkan lagi kesempurnaan solat melalui latihan dan teknik-teknik, bacaan dan perbuatan dalam solat.
Seramai 138 orang peserta terlibat terdiri daripada pelajar semester 1. Program ini dikendalikan oleh penceramah jemputan dan fasilitator daripada pihak IKBN Bandar Penawar dengan beberapa aktiviti yang dilaksanakan seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sesi Praktikal wudhu,Solat, Ujian Bacaan dan Sesi Ceramah dan Penerangan.
Program ini turut juga menilai tahap kefahaman pelajar menerusi ujian peperiksaan yang dijalankan pada sesi akhir program. Semoga ianya dapat memberikan nilai tambah kepada peserta ke Arah membina jati diri menerusi ibadah solat.
