Taklimat Bersama Pensyarah dan Kakitangan sempena Program Aku Kasih Malaysia: Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI

    Bandar Penawar, 7 Julai 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan Taklimat Bersama Pensyarah dan Kakitangan sempena Program Aku Kasih Malaysia: Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI bertempat di Bilik Seminar IKBN Bandar Penawar.

    Program yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang ini merupakan kerjasama antara Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan. Program ini bertujuan memperkukuh pemahaman warga kerja terhadap konsep Malaysia MADANI, menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk nilai jati diri, etika dan integriti dalam kalangan kakitangan.

    Semua kakitangan IKBN Bandar Penawar telah diwajibkan menghadiri program ini sebagai usaha memperkasakan kesedaran kenegaraan dan membentuk budaya kerja yang berteraskan nilai-nilai MADANI. Turut dijemput juga para pekerja kontraktor pembersihan, keselamatan dan dewan makan.Program diharapkan dapat meningkatkan komitmen warga IKBN dalam melaksanakan tugas dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat cintakan negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.