6 November 2025 (Khamis) – Bertempat di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, telah berlangsung Karnival Kerjaya TVET 2025.IKBN Bandar Penawar telah dijemput bagi memeriahkan karnival berkenaan dengan membuka reruai bagi mempromosikan latihan TVET kepada jemputan yang hadir.
Di antara agensi lain yang turut serta dalam karnival berkenaan adalah, ADTEC JTM Kampus Tangkak, ADTEC JTM Kampus Mersing, Dewan Teraju Usahawan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, Johor Talent Development Council (JTDC), Johor Skill Development Centre (JSKILLS), PERKESO, SMK Taman Pelangi Indah, Institut Tahfiz Kemahiran (INTAKE) Jawahir, Champion Precision Technology Sdn Hbd, Pgeo Edible Oils Sdn Bhd, Malaysia Marine and Heavy Engineering Holding Berhad dan Lebuhraya Senai Desaru.
IKBN Bandar Penawar menghantar seramai 31 orang pelajar bidang Kimpalan dan 5 orang pengajar juga terlibat sama dalam karnival bagi Majlis Peluncuran JTM KUMAI Welding Academy.Para pelajar turut menyertai sesi podcast dan forum yang . Terdapat juga penglibatan pelajar dalam pertandingan simulator kimpalan y bagi kategori ILKA.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
