- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 36
MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKBN BANDAR PENAWAR SESI 2/2025
Bandar Penawar, 6 November 2025 - Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Bandar Penawar Sesi 2/2025 dilaksanakan selama tiga (3) hari iaitu 4 hingga 6 November 2025. Hari ini telah dilaksanakan Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR kepada para pelajar bagi memberi pendedahan asas tentang langkah-langkah awal pertolongan cemas dalam situasi kecemasan.
Kursus ini dikendalikan oleh dua orang pegawai iaitu Encik Ismail Bungsu bin Muhammad dan Encik Muhammad Noor bin Hj Salim yang berpengalaman dalam latihan pertolongan cemas. Melalui latihan ini, para peserta telah memperoleh pengetahuan dan keyakinan untuk bertindak dengan cepat sekiranya berlaku kecemasan. Secara keseluruhan kursus asas pertolongan cemas pada hari ini mencapai objektif yang ditetapkan.Institut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Bandar Penawar di atas menjayakan program pada hari ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
