- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 36
MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKBN BANDAR PENAWAR SESI 2/2025
Bandar Penawar, 4 November 2025 - Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Bandar Penawar Sesi 2/2025 telah menjalankan 3 program iaitu :-
1. Majlis Keselamatan Negara yang bertajuk Buli Siber : Jari Boleh Menjadi Senjata
2. PUSPEN : Dadah Membawa Padah, Dari Nikmat Palsu Ke Hukuman Nyata
3. Kementerian Kesihatan Malaysia : Reset Hati, Refresh Minda
Ceramah ini memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya dan kesan negatif buli siber dan pelbagai bentuk buli siber penghinaan di media sosial, penyebaran maklumat palsu, ancaman dalam panggilan serta “love scam”. Selain itu,ceramah kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kesan terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Ceramah terakhir melibatkan kepentingan menjaga kesihatan mental menjadi asas kehidupan yang seimbang, produktif dan bahagia. Di akhir setiap sesi ceramah, pencemarah telah mengadakan sesi soal jawab dan aktiviti bersama peserta.
Institut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia bagi pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), PUSPEN Johor dan Kementerian Kesihatan Malaysia di atas kerjasama menjalankan sesi ceramah ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
