KEM WIRA KARAKTER IKBN BANDAR PENAWAR TAHUN 2026

    KOTA TINGGI, 11 & 12 APRIL 2026 – “Program Kem Wira Karakter Kini Kembali Lagi!”.Seramai 43 orang pelajar semester akhir terdiri daripada Kursus Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri) Sesi 2/2024 dan Kursus Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian) Sesi 2/2024 telah berkumpul di Raf Point, Kota Tinggi bagi menyertai Program Kem Wira Karakter IKBN Bandar Penawar Tahun 2026 bermula Sabtu lalu.

    Program intensif selama dua hari satu malam ini bertujuan untuk memperkukuh jati diri serta menyemai nilai-nilai kepimpinan unggul dalam kalangan generasi muda selaras dengan aspirasi modal insan negara melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Antara pengisian program adalah ice breaking, bina khemah, teambuilding games, blind leader, rentas halangan, night walk, kenali alam dan banyak lagi.

    Majlis penutup yang berlangsung dengan santai tetapi penuh memori juga turut dihadiri oleh Encik Ammari bin Muhammad Rapi selaku penyelaras program pada kali ini dan dibantu oleh dua orang pegawai IKBN Bandar Penawar.

    Keriangan jelas terpancar di wajah setiap peserta meskipun kepenantan mengharungi aktiviti lasak selama 2 hari. Kem Wira Karakter IKBN Bandar Penawar bukan sekadar sebuah program latihan, tetapi merupakan sebuah perjalanan membina jati diri yang akan terpahat kemas dalam memori setiap generasi muda yang terlibat.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.