- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 14
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR KE PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PENGERANG
Pengerang, 14 April 2026 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar bersama delegasi ke Pusat Khidmat Parlimen Pengerang.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan strategik serta membincangkan peluang kerjasama dalam pembangunan kemahiran belia, khususnya dalam bidang latihan teknikal dan vokasional (TVET).Perbincangan turut memberi fokus kepada usaha memperkasa kebolehpasaran graduan serta menyokong keperluan industri setempat.
Sepanjang sesi tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai inisiatif bersama yang boleh dilaksanakan, termasuk program latihan, kolaborasi komuniti, serta pembangunan modal insan yang mampan di kawasan Pengerang.Diharapkan kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat demi manfaat belia dan masyarakat setempat.
