BANDAR PENAWAR, 9 APRIL 2026 – Jawatankuasa Surau dengan kerjasama Jawatankuasa Pimpinan Asrama IKBN Bandar Penawar Sesi 2025/2026 telah melaksanakan Kempen Bacaan Yasin Malam Jumaat yang bertempat di Asrama Blok A dan Asrama Blok C.
Kempen seumpama ini merupakan satu inisiatif dalam kalangan komuniti penghuni asrama untuk mengeratkan silaturrahim, menggalakkan amalan rohani, memohon perlindungan dan sebagainya.
Turut hadir bersama-sama adalah Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Ahmad Nazmi bin Mohamad,warden-warden lelaki dan perempuan sebagai tanda sokongan padu dan memberi nilai tambah yang signifikan, bukan sahaja dari sudut ibadah tetapi juga dari segi bimbingan dan hubungan dalam komuniti penghuni asrama.
Adalah diharapkan agar kempen bacaan Yasin setiap malam Jumaat ini bukan sekadar rutin minggu, malah mampu menyuntik ketenangan jiwa serta meningkatkan ketakwaan dalam diri setiap penguni asrama. Semoga amalan kerdil ini diterima oleh Allah SWT sebagai saham akhirat yang berpanjangan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
