SONY VIDEOGRAPHY WORKSHOP: KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU DENGAN KERJASAMA JOHAN PHOTO CAMTRONICS SDN BHD DAN SONY MALAYSIA

    JOHOR BAHRU – 10 April 2026 - Kursus videografi anjuran bersama Kampus Bandar Raya Johor Bahru, Johan Photo Camtronics Sdn. Bhd. dan SONY Malaysia telah berjaya dilaksanakan di Foon Yew High School, Stulang Laut, Johor Bahru hari ini.

    Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik asas dan lanjutan dalam videografi, termasuk penggunaan kamera profesional, komposisi visual serta suntingan video. Seramai 76 orang peserta turut berpeluang mempelajari secara langsung penggunaan peralatan terkini daripada SONY Malaysia.
    Kursus ini juga menjadi platform kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri dalam memperkasa kemahiran kreatif serta meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang media digital.Program seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai bakat muda yang berkemahiran dalam bidang videografi dan kandungan digital.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.