- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 7
PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR JURUSAN PENYEDIAAN MAKANAN
Kuantan, 16 April 2016 - 2 orang pegawai iaitu En Shah Rizan bin Tamrim, Ketua Bahagian Penyediaan Makanan dan En Mohd Zaid bin Mohamed Awam, Ketua Cawangan Hubungan Industri, Publisiti dan seranta telah membuat lawatan pemantauan ke atas 2 orang pelajar jurusan penyediaan makanan di Mangala Estate Boutique Resort dan Holiday Villa Resort & Spa Cherating.
Hasil daripada pemantauan, syarikat amat berpuas hati dengan kemahiran dan attitude yang ditampilkan oleh kedua-dua pelajar. Pengalaman yang ditimba di lokasi latihan industri hampir sama dengan pembelajaran di Institut membolehkan pelajar dapat melaksanakan tugasan dengan mudah.
Ini membuktikan sistem pengajaran dan pembelajaran di IKBN Bandar Penawar menepati kehendak industri. Ayuh masuk IKBN Bandar Penawar. Permohonan kemasukan telah dibuka..Mohon di Portal Up_TVET segara!
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
