LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN KERJASAMA SMART TRAINING AND CONSULTANCY DAN KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU BAGI PENSIJILAN DIPLOMA PENDIDIKAN FOTOGRAFI DAN DRONE

    Permas Jaya, 27 Januari 2026 – Satu lawatan tapak dan sesi perbincangan kerjasama telah diadakan antara Johan Photo Camtronics Sdn Bhd dan Kampus Bandar Raya Johor Bahru bagi meneroka potensi kolaborasi strategik dalam bidang kemahiran TVET Fotografi, Videografi dan pengendalian Drone.

    Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan industri–institusi pendidikan serta membuka peluang kerjasama melibatkan latihan kemahiran, pendedahan teknologi terkini dan perkongsian kepakaran profesional. Perbincangan turut menumpukan kepada keperluan semasa industri kreatif dan teknologi drone selaras dengan keperluan pasaran kerja.Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam melahirkan tenaga kerja TVET yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan relevan dengan kehendak industri, sekali gus menyokong agenda pembangunan kemahiran belia dan industri kreatif negara.

    Boleh follow page FB Kampus Bandar Raya Johor Bahru Kampus Bandar Raya Johor Bahru dan channel Telegram kami

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.