- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 226
MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM PENGURUSAN KAFE (BARISTA) KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU DENGAN KERJASAMA INDUSTRI TEMAN JIWA COFFEE
Permas Jaya, 31 Januari 2026 - Kampus Bandar Raya Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Program Pengurusan Kafe (Barista) dengan kerjasama strategik rakan industri Teman Jiwa Coffee. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan para peserta yang telah menamatkan latihan serta memperakui kompetensi mereka dalam bidang pengurusan kafe dan kemahiran barista.
Majlis ini dirasmikan oleh Ybrs. Encik Mohaizad bin Mohamad Daud, Timbalan Pengarah IKBN Bandar Penawar dan turut hadir Encik Mohd Fairul Rizal bin Abdul Hamid, Pengasas Teman Jiwa Coffee serta Puan Najwah Halimah Ab Alim, Pengarah Urusan Teman Jiwa Coffee. Program selama tiga (3) bulan ini merangkumi latihan teori dan praktikal meliputi penyediaan minuman kopi, pengendalian peralatan, standard kebersihan dan keselamatan makanan, serta asas pengurusan kafe. Kerjasama industri bersama Teman Jiwa Coffee telah memberi pendedahan sebenar kepada amalan kerja profesional dan keperluan industri semasa.
Majlis penyampaian sijil ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada para graduan untuk menceburi industri makanan dan minuman (F&B), khususnya sebagai barista profesional atau usahawan kafe, selaras dengan keperluan pasaran kerja masa kini.
Pengambilan pelatih bagi bulan februari 2026 kini dibuka. Terhad kepada 10 orang sahaja.
