PROGRAM ADELA LASAK 2.0 TAHUN 2026

    FELDA KLEDANG, 15 FEBRUARI 2026 – Program Adela Lasak anjuran Pejabat ADUN Tanjung Surat bagi tahun kedua kini telah kembali lagi . Sebanyak dua kategori acara yang dipertandingkan iaitu 30KM MTB Ride dan 5KM Trial Run. Program telah dilaksanakan pada 15 Februari 2026 bertempat di Padang Awam Felda Kledang.

    Seramai 40 orang pelajar lelaki dan 2 orang pegawai IKBN Bandar Penawar turut serta dalam acara 5KM Trial Run yang bermula dari Padang Awam Felda Kledang.
    Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Pengerang. Turut hadir memeriahkan program YB Tuan Aznan bin Hj Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Tanjung Surat dan YB Fauziah Misri, ADUN Penawar.

    Institut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Pejabat ADUN Tanjung Surat kerana telah sudi menjemput belia-belia daripada IKBN Bandar Penawar untuk turut serta dalam program pada kali ini. Terima kasih juga kepada semua pelajar yang memberikan komitmen yang tinggi demi mengharumkan nama Institut.Semoga dengan pelaksanaan program seperti ini mampu melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan produktif sekaligus membudayakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.