- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 6
MAJLIS PENUTUP MINGGU PARADIGMA PELAJAR BAHARU IKBN BANDAR PENAWAR SESI 2/2026 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA
Bandar Penawar, 30 Julai 2026 – Minggu Paradigma Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar bagi Sesi 2/2026 telah berlangsung dengan jayanya bermula 27 hingga 30 Julai 2026. Program ini bertujuan membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta membentuk sahsiah, disiplin dan semangat berpasukan sebagai persediaan menghadapi kehidupan sebagai pelajar IKBN.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai taklimat berkaitan pengurusan institut, peraturan, hal ehwal pelajar serta aktiviti berkumpulan dan kecergasan yang dirancang bagi meningkatkan kekuatan mental dan fizikal, di samping memupuk nilai kepimpinan, kerjasama serta jati diri.
Kemuncak program ialah Majlis Penutup Minggu Paradigma Pelajar Baharu Sesi 2/2026 yang telah diadakan pada 30 Julai 2026 dan disempurnakan oleh Pn. Noor Sharina Binti Salim, Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti. Dalam ucapannya, beliau menyeru para pelajar agar sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kemahiran, berdisiplin tinggi serta memanfaatkan sepenuhnya peluang pembelajaran yang disediakan di IKBN Bandar Penawar.Program ini diharapkan dapat menjadi landasan terbaik dalam melahirkan pelajar yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan aspirasi TVET MADANI.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
