- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 56
MERDEKA COLOUR DASH 2026 DUN PENAWAR MERIAH
DESARU, 30 OGOS 2026 – Pejabat DUN Penawar dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pengerang dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan Program Penawar Merdeka Colour Dash 2026 pada 30 Ogos 2026 bertempat sekitar kawasan Desaru bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke 69 pada tahun ini.Perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Fauziah binti Misri, ADUN Dun Penawar diiringi oleh Tuan Norazmi bin Amir Hamzah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang dengan penuh meriah yang disertai oleh 500 peserta.
IKBN Bandar Penawar turut sama menjayakan program ini dengan menghantar seramai 19 orang pelajar dan 3 orang pegawai sebagai tanda sokongan dan memperkukuhkan lagi hubungan dan semangat kemerdekaan dalam masyarakat setempat.Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun berikutnya agar ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat sentiasa dapat dieratkan demi masa depan negara yang tercinta.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69. “Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati”.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
