- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 15
Program Iktikaf Ramadan Santunan YADIM (IRSYAD)
Batu Pahat, 7 Mac 2026 (Sabtu)- Seramai 10 orang pelajar Rakan Belia YADIM IKBN Bandar Penawar telah menyertai Program Iktikaf Ramadan Santunan YADIM (IRSYAD) yang berlangsung pada 7 hingga 8 Mac 2026 di Masjid Seri Sulong, Parit Sulong, Johor.
Program anjuran YADIM Johor ini menghimpunkan kira-kira 60 orang mahasiswa RSY daripada pelbagai IPT, antaranya KUIJSI, UniKL MITEC, PMJB, IKTBNP, IPGKTI, TVETMARA Sri Gading, UMPSA dan IPGKTHO.
Sepanjang program berlangsung, para peserta bersama-sama mengisi Ramadan dengan pelbagai aktiviti bermakna seperti ziarah mahabbah, street dakwah, qiyamullail serta tazkirah. Program ini bukan sekadar pengisian rohani, malah menjadi ruang ukhuwah serta menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, serta turut dihadiri Pengarah YADIM Negeri Johor.
Semoga penglibatan ini menjadi pengalaman berharga buat para pelajar dalam menghayati Ramadan serta menyumbang kepada masyarakat.
