Program Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan

    11 Mac 2026 ,IKBN Bandar Penawar-Pada hari ini pegawai dari Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Johor telah mengadakan inspektorat keselamatan perlindungan di Institut ini. Inspektorat pada hari ini melibatkan pemeriksaan berkaitan pengurusan dokumen terperingkat, aspek kawalan keselamatan di pintu keluar masuk serta pemeriksaan ciri-ciri pematuhan keselamatan bangunan di sekitar Institut. Khidmat nasihat yang diberikan sangat bermanfaat dalam membantu Institut meningkatkan lagi SOP penjagaan dokumen terperingkat serta aset kerajaan.

    Institut dengan kerjasama Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Johor bakal menganjurkan kursus dalaman kepada seluruh warga dalam usaha untuk memberikan kefahaman meluas kepada seluruh warga besar Institut aspek berkaitan penyelenggaraan dan pematuhan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017)

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.