The Westin Desaru Coast Raikan Hari Wanita Antarabangsa Bersama IKBN Bandar Penawar

    DESARU COAST – Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, The Westin Desaru Coast Resort telah menganjurkan satu program khas yang bertujuan memperkasa wanita dengan menjemput seramai 10 orang barisan kakitangan dan tenaga pengajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar serta rakan industri perhotelan di sekitar Desaru Coast.Program ini bukan sekadar keraian tahunan, malah menjadi platform perkongsian ilmu antara pengamal industri perhotelan profesional dan para jemputan.
    Antara pengisian utama majlis termasuklah Sesi Perkongsian Inspirasi, penyampaian penghargaan dan sesi berbuka puasa bersama peserta. YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad turut dijemput sebagai penceramah dalam sesi Voice of Strenght (Fire Side Chat).

    Pihak pengurusan The Westin Desaru Coast Resort menyatakan bahawa inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen mereka terhadap nilai kepelbagaian dan keterangkuman (diversity and inclusion), selain memperkukuh hubungan strategik bersama institusi pendidikan tempatan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.