- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 10
AI4U@ILKBS PELAJAR IKBN PERETAK KUASAI AI MASA DEPAN, SATU MISI MELAHIRKAN BAKAT DIGITAL BERDAYA SAING!
IKBN PERETAK, 5 Ogos 2026 – Seramai 105 orang pelajar Semester 3 telah menyertai Program AI4U@ILKBS: bagi Pelajar Institut Latihan Kemahiran Belia & Sukan Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 4 hingga 5 Ogos 2026, bertempat di Auditorium IKBN Peretak. Program ini dilaksanakan secara dalam talian anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama rakan pelaksana Biji-biji Initiative dan Mereka.
Pada hari pertama program, para pelajar telah diberikan pendedahan kepada pelbagai teknologi AI generatif yang menjadi trend industri masa kini. Antara topik yang dipelajari ialah Padlet, ChatGPT, Gemini, Veo 3, Google Flow, Microsoft Copilot, Suno dan NotebookLM. Para pelajar didedahkan kepada kaedah penggunaan AI secara beretika bagi meningkatkan kreativiti, produktiviti, komunikasi serta penghasilan kandungan digital yang lebih berkualiti.
Pada hari kedua pula, memfokuskan kepada IBM SkillsBuild iaitu AI Fundamentals: Language and Vision in AI (Earn a Digital Credential!). Sepanjang latihan ini, pelajar telah mengikuti lima modul utama, iaitu:
Melalui modul-modul ini, para pelajar memperoleh pengetahuan asas berkaitan teknologi AI, pemprosesan bahasa semula jadi (NLP), penglihatan komputer (Computer Vision), AI Agents serta potensi kerjaya dalam bidang Kecerdasan Buatan. Malah, mereka juga berpeluang memperoleh Digital Credential daripada IBM SkillsBuild sebagai pengiktirafan terhadap pembelajaran yang telah diselesaikan.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh serta kemahiran praktikal dalam penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi menyokong pembelajaran dan persediaan menghadapi alam pekerjaan. Selain meningkatkan literasi digital, inisiatif ini turut memastikan pelajar ILKBS sentiasa selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri semasa.
Dengan pendedahan menerusi dua platform AI bertaraf dunia, Google.org dan IBM SkillsBuild, para pelajar kini lebih bersedia untuk memahami, mengaplikasikan serta memanfaatkan teknologi AI dalam bidang pengajian dan kerjaya masing-masing. Inisiatif ini menjadi nilai tambah yang mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan serta melahirkan tenaga kerja digital yang kompeten, inovatif dan berdaya saing.
Syabas dan tahniah kepada semua pelajar Semester 3 yang telah berjaya menamatkan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin ke arah melahirkan generasi TVET yang celik AI dan bersedia memacu transformasi digital negara.
