- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 11
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IKBN PERETAK (APRIL HINGGA JUN 2026)
IKBN Peretak, 6 Ogos 2026 – Jabatan Hospitaliti dengan kerjasama Jabatan Teknologi Kosmetologi IKBN Peretak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April hingga Jun 2026 yang berlangsung di Auditorium, IKBN Peretak bermula jam 8.00 pagi.
Majlis ini dilaksanakan dengan sokongan penuh para pegawai dan kakitangan serta kehadiran Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff lebih menyerikan majlis. Para hadirin telah dipertontonkan tayangan slide dan video sebagai pengenalan serta sorotan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bulan April hingga Jun 2026.
Acara utama majlis perhimpunan kali ini menyaksikan sesi penghargaan kepada pegawai yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025, Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan (AKPTB) bagi bulan April hingga Jun 2026 serta Sijil Penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menyertai dan memenangi pertandingan kemahiran dan inovasi. Sebagai penutup, majlis dimeriahkan dengan sambutan hari lahir bagi pegawai dan kakitangan yang lahir pada bulan April hingga Jun 2026 sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga institut.
Secara keseluruhannya, majlis berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna, mencerminkan semangat kerjasama dan komitmen tinggi dalam kalangan warga IKBN Peretak.
