IKBN PERETAK MERIAHKAN KARNIVAL KOKURIKULUM, HARI KERJAYA DAN HARI KOPERASI MADANI SMK GEDANGSA

    IKBN PERETAK MERIAHKAN KARNIVAL KOKURIKULUM, HARI KERJAYA DAN HARI KOPERASI MADANI SMK GEDANGSA

     
    5 Ogos 2026, SMK Gedangsa – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima jemputan daripada SMK Gedangsa untuk menyertai Karnival Kokurikulum, Hari Kerjaya dan Hari Koperasi Madani sebagai salah sebuah agensi pempamer. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai laluan pendidikan dan latihan kemahiran TVET serta peluang kerjaya yang ditawarkan selepas tamat persekolahan. Program seumpama ini menjadi platform penting dalam membantu pelajar membuat pilihan kerjaya yang lebih jelas dan berinformasi.

    Sepanjang pameran berlangsung, warga IKBN Peretak berkongsi maklumat mengenai program-program kemahiran yang ditawarkan, syarat kemasukan, peluang latihan industri serta prospek kerjaya kepada para pelajar. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan ramai pelajar menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bidang TVET. Selain SMK Gedangsa selaku tuan rumah, program ini turut disertai oleh pelajar dari SMK Kampung Soeharto dan SAM Sungai Selisek, sekali gus menjadikan karnival ini sebagai medan memperkukuh jaringan pendidikan serta mempromosikan TVET kepada komuniti sekolah di sekitar Hulu Selangor.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.