AUDIT DALAMAN EKSA DIPERKASA: KOMITMEN WARGA IKBN PERETAK TERHADAP KUALITI & PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN

    AUDIT DALAMAN EKSA DIPERKASA: KOMITMEN WARGA IKBN PERETAK TERHADAP KUALITI & PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN

     
    IKBN Peretak, 8 Januari 2026 - Pasukan Audit Dalaman EKSA IKBN Peretak telah melaksanakan Audit Dalaman EKSA pada 26 hingga 28 Disember 2025 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan mematuhi amalan terbaik Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan EKSA di setiap zon yang terlibat.

    Susulan daripada audit dalaman tersebut, audit susulan telah dijalankan pada 6 hingga 8 Januari 2026, iaitu seminggu selepas audit pertama dilaksanakan. Audit ini melibatkan lima (5) zon, iaitu Zon Nuri, Zon Rajawali, Zon Cenderawasih, Zon Merak dan Zon Merpati, dengan penglibatan seramai sembilan (9) orang auditor bagi memastikan proses penilaian dilaksanakan secara telus, tersusun dan berfokus.

    Pelaksanaan audit dalaman dan audit susulan EKSA ini mencerminkan komitmen IKBN Peretak dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti, berdaya saing dan berterusan. Diharapkan dapatan audit ini dapat dimanfaatkan sebagai panduan penambahbaikan ke arah persekitaran kerja yang lebih cemerlang dan mampan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.