- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 73
IKBN PERETAK BEKERJASAMA DENGAN JPKK KG SG DARA TANJUNG MALIM : PROGRAM BACK TO SCHOOL TAHUN 2026 - PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT PERCUMA
03 Januari 2026, Sabtu - Jabatan Teknologi Kosmetolgi, IKBN Peretak telah mendapat jemputan Program Gunting Rambut Percuma di Dewan Kg Sg Dara Tanjung malim, anjuran bersama JPKK Kg Sg Dara, bagi sesi pembukaan sekolah nanti.
Program ini telah melibatkan 15 orang pelajar Semester 2 dan 2 orang pengajar Jurusan Perekaan Gaya Rambut dalam memberi perkhidmatan gunting rambut kepada 45 orang anak- anak serta komuniti JPKK Kg Sg Dara di bawah seliaan Puan Syazana Binti Dzulkefli selaku Ketua Jabatan Teknologi Kosmetologi.
Sambutan program ini adalah sangat baik oleh komuniti JPKK dalam menjayakan program gunting rambut percuma ini. Program ini juga memberi impak yang positif kepada pelajar dalam kemahiran praktikal menggunting rambut dan kemahiran dalam mengendalikan pelanggan.
Semoga program seperti ini dapat diwujudkan lagi dalam pemantapan kemahiran pelajar disamping mempromosikan IKBN Peretak di setiap Komuniti.
