- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 147
AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DIPERKASA! IKBN PERETAK PERKUKUH SISTEM PENGURUSAN BERKUALITI
IKBN Peretak, 27 Februari 2026 - IKBN Peretak telah melaksanakan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 yang bermula pada 24 Februari dan akan berakhir pada 6 Mac 2025. Pelaksanaan audit ini merupakan komitmen berterusan institut dalam memastikan sistem pengurusan kualiti sentiasa dipatuhi, disemak dan ditambah baik selaras dengan keperluan standard yang ditetapkan.
Sesi audit kali ini melibatkan 9 orang juruaudit dalaman yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Audit dilaksanakan merangkumi tiga bahagian utama iaitu Bahagian Pengurusan Latihan, Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, serta merangkumi semakan terhadap 19/21 prosedur yang ada di IKBN Peretak. Ini bagi memastikan setiap proses kerja berjalan mengikut prosedur serta memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015.
Sepanjang tempoh audit, pelbagai kaedah digunakan termasuk sesi temu bual, semakan dokumentasi, pemerhatian proses kerja serta penyediaan dapatan audit. Pendekatan ini membolehkan pasukan juruaudit mengenal pasti tahap pematuhan dan ruang penambahbaikan dalam sistem pengurusan institut.
Pelaksanaan audit dalaman ini diharap dapat terus memperkukuh budaya kerja berkualiti, meningkatkan kecekapan pengurusan serta memastikan IKBN Peretak kekal komited dalam menyediakan latihan dan perkhidmatan yang memenuhi standard kualiti yang tinggi.
