- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 139
PROGRAM IHYA RAMADAN - TAZKIRAH RAMADAN 2 (BULAN BARAKAH)
IKBN Peretak, 26 Februari 2026 – Suasana malam Ramadan di Surau Nur Salam IKBN Peretak terus diserikan dengan penganjuran Program Tazkirah Ramadan bertajuk “Bulan Barakah” yang telah berlangsung dengan penuh penghayatan selepas selesai solat sunat tarawih.
Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan, tenaga pengajar dari Pusat Tahfiz Al-Fateh Batang Kali, Selangor. Beliau menekankan keistimewaan bulan Ramadan sebagai bulan penuh keberkatan yang menuntut umat Islam memperbanyakkan amal ibadah, memperbaiki akhlak serta meningkatkan hubungan dengan Allah SWT.
Dalam tazkirah tersebut, para jemaah turut diingatkan agar memanfaatkan setiap peluang dalam bulan Ramadan dengan amalan seperti membaca al-Quran, bersedekah, berdoa serta menjaga solat berjemaah. Penyampaian yang jelas dan menyentuh hati menjadikan tazkirah ini mudah difahami dan memberi kesan mendalam kepada para hadirin.
Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar dan warga IKBN Peretak. Penganjuran tazkirah Ramadan ini diharap dapat menyemai kesedaran rohani dan menyuburkan semangat penghayatan Ramadan dalam kalangan warga IKBN Peretak.
