- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 10
BENGKEL MASAKAN CHICKEN BOXING CUNGKIL MINAT KEUSAHAWANAN PESERTA
IKBN Peretak, 30 Julai 2026 : Sempena Program Self Discovery Workshop, anjuran Yayasan Raja Muda Selangor seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Harian dan Tahfiz telah menyertai Bengkel Masakan Chicken Boxing yang dikendalikan oleh pengajar Penyediaan Makanan, Pn. Harmayah binti Argadan, Pn. Norazilah binti Abdul Rahman dan turut dibantu Cik Issyiqa Nur Antha'sya binti Badiuzzaman. Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan teknik penyediaan menu Chicken Boxing secara praktikal, bermula daripada penyediaan bahan, kaedah memasak, pembungkusan sehinggalah kepada penyampaian produk yang menarik dan berkualiti.
Program ini bertujuan memperkasa kemahiran penyediaan makanan di samping memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan peserta. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat mencetuskan idea serta memberi keyakinan kepada mereka untuk memulakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan, sekali gus membuka peluang menjana pendapatan pada masa hadapan.
